Pendidikan Dzulkefly Ahmad

Mendapat pendidikan awal dan menengah rendah di Singapura dan kembali ke Malaysia  sebelum mendapat peluang melanjutkan pelajaran A-Level dengan biasiswa Kerajaan pada tahun 1974.

Pencapaian akademik tertingginya ialah Ijazah Falsafah Kedoktoran, Ph.D dalam bidang Toksikologi dari Imperial College, St. Mary’s Hospital Medical School, Universiti London UK pada tahun 1993.

Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama.[3][4]